Cari @ Amanz

Samsung telah melancarkan dua peranti dengan skrin boleh-lipat baharu mereka hari ini. Peranti ini adalah Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4. Galaxy Z Fold4 adalah peranti Samsung pertama yang menjalankan One UI 4.1.1 berasaskan Android 12L untuk ciri multi-tugasan lebih baik pada peranti dengan skrin bersaiz besar. Sementara Galaxy Flip4 masih lagi Android 12 biasa.

Walaupun Android 12 biasa digunakan pada Galaxy Flip4, One UI 4.1.1 telah menyertakan beberapa ciri menarik untuk digunakan. Untuk itu, Samsung memperkenalkan FlexCam iaitu ciri kamera yang mereka bangunkan bersama-sama dengan Meta.

Dengan peranti Galaxy Flip4, apabila peranti berada dalam mod Flex Mode ciri FlexCam boleh digunakan untuk mengambil gambar atau video dengan kualiti yang lebih tinggi dan lebih dioptimasikan untuk aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp. Pengguna hanya perlu buka peranti pada sudut 75 darjah atau 115 darjah dan tekan butang Quick Shot untuk menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd