Cari @ Amanz

Bulan lepas, Bluetooth telah hadir dengan piawaian baharu untuk sambungan aksesori audio nirwayar iaitu Bluetooth LE Audio. Sehingga hari ini, ciri ini masih belum ditawarkan untuk mana-mana set fon kepala, set fon telinga atau speaker.

Ciri ini mula diperkenalkan sejak tahun 2020 lagi, tetapi hanya akan bersedia dalam Android 13 akan datang. Ciri ini turut membolehkan aksesori audio menyokong codec LC3.

Dengan pelancaran Samsung Galaxy Buds2 Pro sebentar tadi, Samsung menyatakan yang set fon telinga nirwayar sebenar baharu mereka akan menjadi antara yang pertama di pasaran menyokong Bluetooth LE Audio. Namun mereka tidak kongsi bilakah ia akan ditawarkan dan hanya menyatakan ciri ini akan diaktifkan dalam kemaskini di masa akan datang.

Disebabkan ciri ini hanya boleh digunakan melalui Android 13, kita boleh jangka yang ciri ini mungkin akan ditawarkan ketika One UI 5 berasaskan Android 13 sudah stabil nanti. One UI 5 buat masa ini masih dalam fasa beta dan hanya ditawarkan pada siri Samsung Galaxy S22.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd