Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy Watch5 telah dilancarkan secara rasminya hari ini dengan reka bentuk diperbaharui dan peningkatan fungsi yang menarik. Ini merangkumi sensor suhu kulit atau termometer untuk kulit bagi mengimbas suhu kulit pemakai. Ia berasaskan inframerah baharu dan menurut Samsung sensor baharu ini mampu memberikan bacaan yang konsisten walaupun dalam perubahan suhu sekeliling.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Watch5 (bluetooth) ditawarkan pada harga bermula RM1,099 dengan warna Graphite, Pink Gold dan Silver untuk variasi 40mm. Sementara itu, variasi 44mm (bluetooth) pula tersedia dalam warna Graphite, Sapphire dan Silver dijual pada RM1,199.

Kemudian, Samsung Galaxy Watch5 Pro pula dijual bermula RM1,899 dengan warna Black Titanium dan Gray Titanium. Sesi pratempah telah dibuka bermula hari ini menerusi laman rasmi Samsung Malaysia.

  • Info
  • Gunakan kod AMGZF4VIP apabila membeli Galaxy Watch5 atau Galaxy Buds2 Pro bagi mendapatkan pengecas 15W PD yang bernilai RM 59.
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd