Cari @ Amanz

Samsung sebentar tadi telah melancarkan peranti dengan skrin boleh-lipat baharu mereka, Samsung Galaxy Z Fold4. Peranti ini hadir dengan beberapa kemaskini menarik untuk sebuah peranti dalam format ini.

Buat pertama kalinya, untuk sebuah peranti yang baru sahaja dilancarkan – Galaxy Z Fold4 terus menjalankan sistem operasi Android 12L. Pada peranti ini, Samsung menggunakan sistem mereka yang dikemaskini khusus untuk Z Fold4 dan Z Flip4 iaitu One UI 4.1.1.

Dengan Android 12L, Samsung menyertakan ciri ciri Taskbar untuk menggunakan ciri multi-tugasan yang lebih baik. Melaluinya, pengguna boleh drag & drop dua aplikasi terus ke skrin untuk dibuka secara bersebelahan dalam tetingkap tersendiri. Selain itu, jika Flex Mode digunakan bahagian kedua skrin boleh dijadikan sebagai pad sesentuh untuk mengawal skrin.

Android 12L adalah kemaskini Android untuk digunakan pada peranti dengan skrin boleh-lipat, skrin bersaiz besar atau tablet.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd