Bukan Samsung Galaxy Z Fold4 sahaja dilancarkan dengan sistem operasi baharu, Android 12L. Jam tangan pintar Samsung yang dilancarkan sebentar tadi iaitu Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro turut hadir dengan sistem operasi baharu iaitu One UI 4.5 yang dibina berasaskan Wear OS 3.5.
One UI 4.5 dengan Wear OS 3.5 ini hadir dengan kemaskini yang kecil sahaja. Melaluinya, jam-jam baharu Samsung akan hadir dengan beberapa muka jam bertemakan flora dan fauna, dioptimasikan untuk menggunakan sensor suhu baharu, terus hadir dengan sokongan Google Assistant, aplikasi papan kekunci yang lebih baik dan juga sokongan penggunaa dwi-SIM.

Selain itu, beberapa ciri khusus untuk pengguna kurang upaya turut ditambahkan. Pengguna jam Galaxy Watch5 dan Watch5 Pro turut boleh menggunakan aplikasi SoundCloud dan Deezer dan menggunakan arahan suara untuk mengawal Google Maps.
Untuk pengguna Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, One UI 4.5 masih lagi dalam fasa beta. Kemaskini stabil akan diberikan pada sekitar hujung tahun akan datang.