Samsung Galaxy Z Fold4 Dan Z Flip4 Menerima Kemaskini Empat Versi Android

Diterbitkan pada Ogos 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 telah dilancarkan sebentar tadi sebagai peranti skrin boleh-lipat yang paling berkuasa dari Samsung. Kerana kedua-dua peranti adalah peranti mercu premium, ia telahpun disahkan menerima kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima tahun.

Ini selari dengan yang dilakukan Samsung pada beberapa peranti di bawah siri Galaxy S, Galaxy Z Fold, Galaxy Z Flip dan Galaxy A sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada waktu ini Samsung ialah satu-satunya pengeluar yang menawarkan kemas kini sehingga empat versi Android pada peranti keluaran mereka. Bagi pengguna yang tidak bercadang untuk menggantikan telefon dengan kerap, Samsung akan memastikan peranti selamat digunakan sehingga lima tahun.

komen


© Amanz / 2022 Kami