Cari @ Amanz

Di Malaysia, pelan perlindungan peranti Samsung Care+ telah dilancarkan bagi mengurangkan kerisauan para pemilik terhadap isu kerosakan yang dialami peranti. Seiring pengenalan Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip4 hari ini, Samsung turut berkongsi kemas kini pelan Samsung Care+ untuk kedua-dua peranti yang ditawarkan bermula RM699 setahun dan meningkat kepada RM999 untuk dua tahun.

Di samping itu, peranti boleh pakai Samsung iaitu Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro turut menerima pelindungan dengan harga serendah RM69 setahun dan meningkatkan kepada RM399 untuk dua tahun. Melaluinya, ia akan melindungi sebarang kerosakan yang tidak disengajakan dan akibat kemasukan cecair (ADLD), seterusnya menyambung jaminan sehingga dua tahun. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan Samsung Care+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd