Microsoft Kini Tawar Emoji Mereka Dalam Bentuk Sumber Terbuka

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan mereka telah mula menawarkan emoji 3D mereka dalam bentuk sumber terbuka – sekaligus membolehkan sesiapa sahaja melakukan ubah suai dan menggunakan emoji berkenaan dalam pembangunan, karya dan sebagainya.

Bagi yang tidak biasa, emoji ini sedia ditawarkan oleh Microsoft melalui Microsoft Teams. Ia menawarkan rekaan ceria, dan turut disertakan bersama Windows 11.

Dengan penawaran ia dalam bentuk sumber terbuka, ia sekaligus membuka ruangan untuk pengkarya menggunakannya serta menawarkan sejumlah variasi ubah suai daripada emoji-emoji tersebut.

Sebanyak 1,538 emoji ditawarkan, dan boleh dimuat-turun melalui Figma atau GitHub bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami