Harga Jualan Siri iPhone 14 Pro Dijangka Meningkat Sehingga 15% Tahun Ini

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. oleh .

Seperti yang dapat dilihat sejak awal tahun ini, harga jualan peranti meningkat kerana isu rantaian bekalan, inflasi dan konflik dunia yang masih belum nampak akan selesai. Terkini Ming-Chi Kuo yang merupakan penganalisa terkemuka meramalkan bahawa harga jualan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max tahun ini akan meningkat sehingga 15% berbanding iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max tahun lalu.

Perbezaan harga jualan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max tahun ini adalah disebabkan penggunaan panel skrin tanpa takuk buat pertama kalinya dan cip terkini Apple A16 Bionic. Takuk digantikan dengan dua lubang di bahagian atas. Penambahbaikan pada sistem kamera juga dipercayai akan dilakukan dengan lukisan CAD menunjukkan bonggol kamera yang lebih besar.

Harga jualan iPhone 14 dipercayai tidak akan berubah kerana ia menggunakan cip Apple 15 Bionic dari model tahun lalu serta mengekalkan penggunaan takuk kamera di skrin.

komen


© Amanz / 2023 Kami