Permainan tekaria Wordle telah berjaya mencuri perhatian ramai. Pemain perlu meneka perkataan sehari sekali dengan menyusun huruf dengan betul. Ia agak mencabar tetapi, pemain dapat belajar perkataan baharu setiap hari.
Disebabkan permainan ini telah diambil-alih oleh syarikat akhbar popular The New York Times, kelak permainan ini tidak lagi boleh diakses secara percuma. NYT membeli Wordle dengan nilai tujuh angka, jadi untuk menjana pendapatan – Wordle kelak akan dikenakan bayaran. Sementara bayaran dikenakan, NYT akan memaparkan iklan pada laman Wordle tidak lama lagi.

Sejak NYT membeli Wordle, pelanggan berbayar mereka turut meningkat. Dengan sasaran untuk mencapai 15 juta pelanggan pada 2027, mereka akan cuba pelbagai cara untuk menarik lagi pelanggan. Mereka juga akan menjadikan permainan sebagai satu fokus perniagaan.
Iklan yang akan dipaparkan dikatakan tidak akan mengganggu pengalaman bermain. Iklan ini turut tidak terhad kepada Wordle sahaja, tetapi juga pada permainan mereka yang lain seperti Crossword, Mini crossword, Spelling Bee, Letter Boxed, Tiles, dan Vertex.
- Sumber
- Sumber: Android Police