Pada masa kini, penggunaan gelang tangan pintar juga cenderung menjadikan kehidupan individu lebih mudah. Ia menjadi kegemaran orang ramai, dalam masa sama mempunyai berapa kelebihan yang menjadikannya pilihan pintar untuk digunapakai.
Terkini, Oppo Band 2 telah diperkenalkan sebagai model kemas kini buat Oppo Band sebelum ini. Ia merupakan gelang tangan pintar sebesar 45mm dengan berat hanya 33 gram. Skrin AMOLED bersaiz 1.57-inci bersama kepadatan piksel 500nits digunakan dalam muka jam berbentuk segi empat memanjang. Ia juga menyokong sehingga 200 pilihan muka yang boleh dikostumasi mengikut kesesuaian.
Dari segi fungsi, penjejak menyokong lebih daripada 100 mod sukan terbina yang merangkumi larian, berenang dan sebagainya. Lebih menarik, e-Sport Mode yang memfokuskan terhadap permua turut disokong pada gelang tangan pintar ini. Ciri pemantauan kesihatan lain turut disokong seperti kadar degupan jantung, pola tidur dan sebagainya.
Cip pemprosesan Apollo 3.5 dengan memori 8MB PSRRAM dan storan 128MB Nand turut disertakan. Dengan bateri 200mAh, Oppo Band 2 diiklankan mampu beroperasi sehingga 14 hari sebelum perlu di cas. Tidak ketinggalan, gelang tangan pintar ini turut direka dengan ketahanan 5ATM yang membuatkannya kalis percikan air.
Untuk harga, Oppo Band 2 dijual pada RMB249 (~RM165), sementara itu variasi dengan NFC pula berharga RMB279 (~RM184). Buat masa ini, ia hanya terhad di China sahaja.