Selama ini untuk menggunakan navigasi Google Maps pada jam tangan Wear OS, ia harus sentiasa ditambat kepada peranti. Tetapi semalam serentak dengan pelancaran Samsung Galaxy Watch5 dan Watch5 Pro, ciri navigasi luar talian Google Maps telah diumumkan.

Pengguna Watch5 dan Watch5 Pro tidak lagi perlu membawa telefon untuk menggunakan navigasi dalam bentuk kawalan suara dan getaran pada tangan. Pada waktu yang sama Google mengesahkan ciri navigasi luar talian Google Maps ini akan disokong pada jam tangan pintar Wear OS lain menjelang penghujung tahun 2022 dengan ia diberikan kepada peranti Samsung terlebih dahulu.