Cari @ Amanz

Semasa acara pelancaran peranti Samsung semalam, mereka turut mengumumkan kemaskini baharu untuk Wear OS kerana ia adalah sistem operasi yang digunakan pada jam tangan pintar Galaxy Watch mereka.

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro menjalankan sistem operasi One UI 4.5 yang dibina berasaskan Wear OS 3.5. Ia adalah versi baharu khusus untuk jam Samsung sahaja. Wear OS baharu ini akan membawakan sokongan navigasi luar talian Google Maps, menyokong aplikasi SoundCloud dan Deezer, muka jam baharu dan banyak lagi.

Walaupun masih banyak jam Wear OS tidak menerima lagi kemaskini Wear OS 3, Google turut akan membawakan beberapa ciri baharu Wear OS 3.5 ini kepada jam-jam Wear OS lain pada sekitar hujung tahun akan datang. Aplikasi SoundCloud dan Deezer buat sementara waktu ini akan menjadi eksklusif untuk jam Samsung dan jam-jam lain turut akan menerimanya walaupun tidak menjalankan Wear OS 3.5.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd