Anda Kini Boleh Guna Google Lens Untuk Mencari Imej Di Google Images

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Lens adalah satu perkhidmatan pintar daripada Google yang membolehkan pengguna mencari sesuatu dengan kamera peranti. Sama ada ingin menterjemah, mencari di mana boleh membeli sesuatu barang, mengenalpasti baka atau spesis haiwan dan banyak lagi.

Kemampuan Google Lens ini agak hebat dan ia digunakan oleh ramai orang. Selain mempunyai aplikasi tersendiri, Google Lens turut terbina dalam pelayar web Chrome dan beberapa aplikasi Google yang lain.

Baru-baru ini, laman carian imej Google iaitu Google Images telah dikemaskini dengan fungsi Google Lens. Melaluinya, pengguna boleh menterjemah teks pada imej dengan drag & drop atau masukkan URL imej, mencari sumber asal-usul sesuatu imej dan banyak lagi.

Jika anda pergi ke imaghes.google.com sekarang anda akan boleh lihat ikon Google Lens berada di bar carian di antara ikon mikrofon dan ikon kanta pembesar. Tekan ikon tersebut untuk mula menggunakannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami