Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Watch5 dilancarkan semalam dengan sensor baharu yang mengesan suhu kuit pemakai. Tetapi Samsung bukan satu-satunya pengeluar yang akan menggunakan sensor ini kerana ia mungkin akan disokong pada Apple Watch dalam masa terdekat.

Paten sensor kulit pada jam tangan pintar telah difailkan oleh Apple ke USPTO dan ditemukan oleh lama MyHealthyApple. Ia jelas menunjukkan sistem sensor suhu kulit pada sebuah Apple Watch. Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan sensor suhu kulit akan diberikan pada Series 7. Tetapi kerana algoritma perisian yang masih belum cukup tepat, ia tidak disertakan. Selepas setahun berlau dan paten telahpun muncul, kebarangkalian sensor ini akan akhirnya digunakan pada Series 8 adalah agak tinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd