Pada minggu ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah keperluan untuk para penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan dibawah suatu lesen vokasional baharu.
Kini, Menteri Pengangkutan hadir berkongsi lanjut berkenaan beberapa perkara yang ditimbulkan, selain beberapa laporan mengatakan ia adalah lesen GDL dan sebagainya.

Menjelaskan lanjut, keperluan lesen ini adalah dalam usaha mengawal-selia, disamping memudahkan sekiranya ingin salurkan bantuan atau sebarang perkara lanjutan. Ia turut ditekankan yang mana ia bukanlah lesen GDL seperti laporan beberapa media, tetapi ia lebih kepada sebuah lesen vokasional baharu, yang masih belum mempunyai sebarang nama untuknya buat masa ini.

Menteri Pengangkutan mengatakan lesen vokasional yang diperlukan ini adalah amat mudah prosesnya, dan lebih kepada pendaftaran adalah sangat mudah. Malah kosnya dijangka akan dibawah RM10 – selain moratorium akan diberikan sepanjang tempoh pendaftaran awal.
Tiada sebarang pemeriksaan kenderaan seperti diperlukan untuk kereta. Menteri Pengangkutan turut menekankan yang mana perkara ini tidak akan membebankan penunggang perkhidmatan.
Buat masa ini, ia masih dalam proses libat-urus, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dikuat-kuasakan.