iPay88 yang merupakan gerbang pembayaran atas talian tempatan hari ini mengeluarkan kenyataan mereka telah mengesan insiden sistem mereka digodam pada 31 Mei 2022 yang lalu. Mereka percaya data peribadi pengguna dalam bentuk maklumat kad mungkin telah berjaya diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terkesan akibat insiden godaman ini. Tetapi dengan iPay88 disokong pada pelbagai kedai atas talian, dompet digital dan pembayaran atas talian oleh pelbagai bank jumlahnya mungkin tinggi.
Sejak insiden mereka digodam dikesan pelbagai tindakan keselamatan telah diambil dengan tiada lagi aktiviti pencerobohan dikesan selepas 21 Julai 2022. Sistem keselamatan iPay88 telah dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Siasatan masih lagi dijalankan dengan pihak iPay88 telahpun menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya. Pada waktu yang sama kesemua institusi kewangan yang menggunakan perkhidmatan mereka turut telah diberitahu mengenai insiden ini.
- Sumber
- Sumber – iPay88