Carian
Xiaomi Pad 5 Pro 12.4-Inci Turut Rasmi – Skrin Lebih Besar Dengan Cip Snapdragon 870
August 11, 2022 Fahim Zahar

Xiaomi hari ini turut melancarkan tablet baharu mereka iaitu Xiaomi Pad 5 Pro 12.4-inci. Xiaomi Pad 5 Pro sudah pun dilancarkan pada Ogos tahun lalu, tetapi model tersebut hadir dengan skrin 11-inci. Tablet baharu ini hadir dengan skrin lebih besar.

Skrin juga masih lagi QHD 120Hz panel LCD, menyokong paparan HDR 10 dan dijana dengan cip yang sama iaitu Snapdragon 870. Memori yang digunakan adalah 6-12 GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Peranti turut menjalankan sistem operasi MIUI Pad 13 berasaskan Android 12 dan bukannya Android 12L yang lebih mesra tablet. Tetapi MIUI Pad 13 ini turut hadir dengan banyak ciri dan fungsi baharu yang disesuaikan untuk penggunaan skrin besar dan multi-tugasan.

Perkara yang paling jelas bezanya dengan tablet lepas adalah sistem kamera. Di mana Xiaomi menggunakan modul kamera seakan Xiaomi 12 dengan susunan grid. Sistem tri-kamera ini menggabungkan sensor 50+2 Megapixel dan kamera swafoto 20MP. Kamera swafoto ini turut dioptimasikan untuk penggunaan telesidang. Untuk bateri ia menggunakan kapasiti 10,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Untuk audio, Xiaomi Pad 5 Pro 12.4-inci ini menggunakan sistem stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Sokongan stilus turut dikekalkan untuk penggunaan menulis atau melukis. Xiaomi turut menyertakan sokongan papan kekunci seakan Magic Keyboard oleh Apple dengan sokongan kekunci Esc, boleh disambungkan ke komputer atau juga terus disambungkan kepada monitor untuk produktiviti yang lebih baik. Sokongan sambungan secara terus ke monitor ini dibolehkan kerana penggunaan USB-C 3.2 Gen 1.

Harga jualan untuk Xiaomi Pad 5 Pro 12.4-inci ini adalah RMB 2,799 (~RM1,846) untuk 6/128 GB, RMB 3,299 (~RM2,176) untuk 8/256 GB dan RMB 3,999 (~RM2,638) untuk 12/512 GB. Seperti produk-produk lain yang dilancarkan, tablet ini juga adalah eksklusif untuk jualan

Komen