Cari @ Amanz

Siri Oppo Watch3 akhirnya dilancarkan secara rasminya di China. Terdiri dengan dua model berbeza iaitu Oppo Watch3 dan Oppo Watch3 Pro, ia menerima penambahbaikan dari sejumlah aspek termasuk reka bentuk dan perkakasan dalaman. Ini termasuklah penggunaan cip terkini Qualcomm Snapdragon W5 Gen 1 dan Apollo4 Plus yang dibangunkan bersama oleh Oppodan Ambiq.

Oppo watch 3 ditawarkan dengan skrin 1.75-inci AMOLED (430 x 372 piksel), sementara itu Oppo Watch3 Pro pula dilengkapi skrin 1.95-inci OLED (496 x 378 piksel). Skrin adalah sejenis melengkung dengan paparan berwarna dan sokongan sesentuh. Turut disertakan adalah satu butang fizikal pada sisi kanan untuk Oppo Watch3, manakala model pro pula mempunyai tombol berputar.

Seterusnya, kedua-duanya dilengkapi sokongan memori 1GB RAM, storan 32GB dan menjalankan ColorOS Watch yang dibina berasaskan WearOS dan RTOS. Penjejak yang disertakan mampu memantau pelbagai jenis kecergasan seperti kadar degupan jantung, SpO2, ECG (versi pro sahaja) dan banyak lagi.

Bateri yang digunakan pula diiklankan mampu bertahan sehingga 5 hari menerusi kapasiti 550mAh untuk penggunaan biasa pada Oppo Watch3 Pro, sementara itu Oppo Watch3 pula mampu beroperasi sehingga 4 hari dengan bateri 400mAh. Kesemua ini dikira untuk penggunaan biasa dengan sokongan mod WearOS dan RTOS yang diaktifkan secara serentak.

Jika sebaliknya, Oppo Watch3 boleh digunakan sehingga 14 hari dan sedikit kelebihan untuk model pro yang boleh beroperasi mencapai 15 hari dengan mod RTOS sahaja. Ia bagaimanapun boleh berkurang menjadi 1.5 hari apabila kedua-duanya digunakan dalam mod LTE secara berterusan. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.0, ketahanan 5ATM, NFC, GNSS dan sebagainya.

Untuk harga , Oppo Watch 3 dijual pada RMB1599 (~RM1055) untuk tali getah dan RMB1699 (~RM1121) untuk tali kulit. Sementara itu, Oppo Watch3 Pro pula berharga RMB1999 (~RM1318) (tali getah) dan RMB2099 (~RM1384) (tali kulit).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd