Cari @ Amanz

Boleh dikatakan sebagai satu kebiasaan apabila pelancaran produk baharu daripada Oppo turut hadir dengan aksesori audio. Untuk kali ini, mereka memperkenalkan Oppo Enco Air 2i yang lengkap dengan rekaan putik audio dari jenis dalam telinga bersama penyumbat silikon.

Kawalan sesentuh pada fon telinga ini dikatakan turut ditambah baik dan lebih sensitif untuk pelbagai fungsi. Menariknya, ia turut boleh digunakan untuk mengambil gambar menerusi peranti pintar yang disambungkan dengan cara ketuk sebanyak dua kali pada fon telinga.

Di samping itu, pemandu audio 10mm yang digunakan turut menyokong ciri pembatalan hingar berasaskan AI bagi memudahkan pengguna mendengar dengan lebih jelas. Kebolehannya turut boleh disesuaikan mengikut bunyi persekitaran. Tambatan pantas boleh dibuat menggunakan bluetooth 5.2, dalam masa sama ia turut mod masa pendam rendah untuk pengalaman permua lebih baik.

Bateri 460mAh yang digunakan pula mampu beroperasi sehingga 7 jam penggunaan dengan sekali cas, seterusnya meningkat kepada 28 jam dengan bantuan pod pengecas. Di China, Oppo Enco Air 2i dijual pada RMB149 (~RM99) seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd