Cari @ Amanz

Vivo Y35 akhirnya diumumkan di Malaysia hari ini. Ia merupakan sebuah peranti 4G dengan janaan cip Snapdragon 680. Beberapa ciri dan fungsi lain yang turut disertakan adalah kamera 50MP dan bateri 5000mAh.

Bagi yang berminat, Vivo Y35 dijual pada RM1099 dengan pilihan warna Agate Black dan Dawn Gold. Sesi pratempah dibuka bermula 12 – 18 Ogos 2022 dengan hadiah menarik bernilai RM547 yang diberi percuma. Ia boleh didapati menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

Vivo Y35 dibekalkan dengan skrin dari jenis LCD beresolusi FHD+ (2408 × 1080 piksel) sebesar 6.56-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 44W FlashCharge. Turut melengkapi peranti ini adalah ciri RAM maya yang boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spefikasi termasuklah menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12, sambungan port USB-C, bluetooth 5.0 dan sebagainya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd