Redmi K50 Ultra Dengan Snapdragon 8+ Gen Dilancarkan Dalam Edisi Mercedes-AMG Petronas F1

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan sekadar telefon boleh lipat paling nipis dunia, robot CyberOne dan tablet baharu, Xioami turut melancarkan Redmi K50 Ultra sebentar tadi sebagai peranti gaming prestasi tinggi terkini dari mereka.

Ia dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ lengkap dengan sokongan 120Hz dan Dolby Vision. Pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dipadankan sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 120W yang amat pantas.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 108MP Samsung ISOCELL HM6, lensa ultra sudt lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan sebuah kamera 20MP diletakkan dalam lubang kamera. Peranti dilengkapi juga dengan speaker stereo serta Dolby Atmos.

Pengimbas cap jaro bawah skrin disertakan untuk mereka yang memerlukan sistem keselamatan biometri. Sistem operasi Android 12 masih digunakan bersama pelancar MIUI 13. Kelebihan utama K50 Ultra ialah sistem kebuk penyejuk yang besar. Menurut Redmi peranti boleh kekal pada suhu 44 darjah Celsius walaupun selepas permua Genshin Impact dimainkan selama sejam dengan kadar bingkai stabil 58 FPS.

Bagi peminat pasukan Mercedes-AMG Petronas F1, edisi Champion Edition ditawarkan. Tubuh peranti ini menggunakan warna pasukan F1 ini dan kelihatan lebih agresif.

Harga jualan peranti ialah

  • RMB 2999 (~RM1977) – 8/128 GB
  • RMB 3299 (~RM2175) – 8/256 GB
  • RMB 3599 (~RM2373)- 12/256 GB
  • RMB 3999 (~RM2637) 12/512 GB
  • RMB 4199 (~RM2769) – Champion Edition 12/512 GB

komen


© Amanz / 2022 Kami