Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan mereka telah mula memperkenalkan sokongan penyulitan penuh pada perkhidmatan permesejan mereka, Messenger. Dengan langkah ini, anda tidak lagi perlu memulakan tetingkap sembang baharu dengan ciri penyulitan, atau perlu mengaktifkannya secara manual pada tetapan. Sebaliknya, semua sembang di Messenger akan secara automatik disulitkan E2E.

Dengan ciri penyulitan penuh ini, hanya penghantar mesej dan penerima mesej sahaja yang boleh membaca sesuatu mesej yang dihantar – dan tidak boleh dicuri baca oleh sesiapa yang lain.

Ini sekaligus memberikan lebih privasi kepada pengguna, dan mengelak mesej yang dihantar dibaca pihak lain, termasuk Facebook sendiri.

Sebelum ini, WhatsApp sedia menawarkan ciri penyulitan penuh pada perkhidmatan mereka untuk sekian lama, dan ia agak menarik untuk melihat ciri ini diperluaskan ke Facebook Messenger.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd