Carian
Xiaomi Auto Pilot Diperkenalkan – Sistem Swapandu Untuk Kereta Elektrik
August 11, 2022 Fahim Zahar

Sejak tahun lepas lagi, Xiaomi telah mengacah yang mereka kini sedang serius dalam bidang automotif. Mereka dijangka akan hadir dengan kereta elektrik tersendiri menjelang tahun 2024. Bulan lalu, Xiaomi dilihat telah memulakan ujian kereta swapandu mereka di China.

Hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan secara rasmi yang mereka sedang membangunkan sistem swapandu untuk digunakan pada kereta. Mereka menyatakan kereta elektrik penting untuk mempunyai kebolehan memandu dengan sendiri.

Xiaomi mencabar diri mereka untuk menjayakan pembangunan sistem ini dalam masa 500 hari dan turut akan membangunkan algoritma tersendiri. Xiaomi sudah membelanjakan kos sehingga 3.3 bilion Yuan untuk projek kereta ini dan mempunyai pasukan khas seramai 500 orang yang terdiri daripada pasukan makmal kecerdasan buatan, pasukan peranti, kamera dan banyak lagi bahagian lain yang melibatkan diri.

Xiaomi berhasrat akan hadir dengan kereta tersendiri seawal tahun 2024 akan datang. Tetapi mereka tidak menyatakan sama ada tahun 2024 ini adalah kereta tersendiri atau teknologi swapandu mereka akan digunakan pada kereta lain.

Komen