Ini Bukan Mac Mini Tetapi Adalah Speaker Mesyuarat Dari Xioami

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Banyak produk dilancarkan oleh Xiaomi malam ini sehingga sukar untuk ditulis dengan pantas. Tetapi antara yang paling menarik sebenarnya ialah sebuah speaker mini yang direka khusus untuk kegunaan di pejabat ketika melakukan sesi telesidang. Speaker ini kelihatan mirip seperti sebuah Mac Mini klasik dengan tubuh diperbuat daripada logam.

Sebuah kekisi audio di bahagian atas dipasangkan dengan sebuah speaker 5W. Empat buah mikrofon di bahagian atasnya pula membolehkan audio dari 360 darjah ditangkap. Ia boleh digunakan bersama kebanyakan aplikasi telesidang popular.

Sambungan boleh dilakukan secara bluetooth atau berwayar. Dengan bateri 3000 mAh, ia turut boleh berfungsi tanpa sebarang kabel kuasa. Menurut Xiaomi cip A35 pada speaker boleh mengurangkan hingar latar belakang dan menguatkan suara jika ia tidak cukup kuat. Di China speaker mesyuarat mini ini dijual pada harga RM799 (~RM527) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami