Elon Musk Mengacah X.com Sebagai Pesaing Twitter

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk sedia menawarkan membeli Twitter pada nilai $44 bilion sebelum ini, sebelum membatalkan perjanjian tersebut. Lanjutan daripadanya Twitter telah memfailkan saman dan kini menanti perbicaraan lanjut di mahkamah pada bulan Oktober kelak.

Untuk Elon Musk sendiri, beliau dilihat masih berminat dalam arena platform sosial tersendiri.

Menjawab perancangan Elon Musk sekiranya pengambil-alihan Twitter tidak berjaya, beliau mengacah mungkin membangunkan platform sosial sendiri dibawah nama domain X.com.

Untuk makluman, X.com merupakan perkhidmatan kewangan yang dulu pernah dibangunkan oleh Elon Musk, dan seterusnya digabungkan dengan PayPal. Tetapi, Elon Musk kemudian mendapatkan kembali pegangan nama domain X.com pada 2017 lepas.

Sekiranya Elon Musk melancarkan platform sosial tersendiri, ia mungkin akan menarik minat sejumlah pengguna, termasuk peminat Tesla dan kriptowang. Apatah lagi, Elon Musk sendiri mempunyai lebih 100 juta pengikut di Twitter, disamping merupakan manusia terkaya dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami