Ulefone Armor 15 Ialah Sebuah Telefon Pintar Dengan Fon Telinga Terbina

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lalu Nokia 5710 XpressAudio dilancarkan dengan ciri unik ia mempunyai sepasang fon telinga nirwayar terbina pada tubuh peranti. Dengan ini isu fon telinga tertinggal di rumah dapat diselesaikan dengan mudah. Minggu ini Ulefone Armor 15 pula telah diumumkan dengan ciri yang serupa.

Ulefone Armor 15 ialah sebuah telefon pintar Android tahan lasak dengan skrin 5.45″ HD+, dijana cip Helio G35, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri 6600 mAh. Kamera utama sebesar 13+5 MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Fon telinga yang disertakan mempunyai ketahanan sehingga 5 jam dengan sekali caj. Jika fon telinga tidak cukup memuaskan, terdapat sepasang speaker stereo di hadapan dengan kuasa 2W. Peranti turut melepasi piawaian IP68/69K dan MIL-STD-810G.

Tubuh bergetah Armor 15 membolehkan ia mempunyai kemampuan tahan lasak yang amat tinggi. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Android 12. Pada waktu ini Ulefone akan mengumpul dana menerusi Kickstarter untuk menjadikan peranti ini realiti dengan ia boleh dibeli pada harga $170 (~RM755) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami