Cari @ Amanz

Seiring pengenalan Motorola Razr 2022 dan X30 Pro, terdapat sebuah lagi peranti yang turut diumumkan bersama. Peranti berkenaan adalah Motorola S30 Pro yang hadir dengan beberapa gabungan spesifikasi menarik seperti Snapdragon 888+ dan sistem pengecasan pantas 68W.

Untuk lebih lanjut, skrin sebesar 6.55-inci OLED sejenis melengkung digunakan dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Paparan ini turut menyokong sejumlah ciri tambahan lain seperti HDR10+, DC Dimming, DCI-P3 dan sebagainya.

Cip Snapdragon 888+ digunakan dengan memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dakaman sehingga 512GB (UFS3.1). Sistem pengecasan pantas 68W turut disokong dengan kapasiti bateri 4,270mAh. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (OmniVision OV50A) + 13MP + 2MP dan kamera hadapan pula 32MP.

Untuk harga, Moto S30 Pro dijual pada RMB2199 (~RM1448) (8GB/128GB), RMB2699 (~RM1778) (12GB/256GB) dan RMB2899 (~RM1908) (12GB/512GB).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd