Redmi TV A65 2022 Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi bukan sahaja menjual telefon pintar, fon telinga dan komputer riba, tetapi mereka turut mempunyai penawaran televisyen pintar tersendiri. Ia bagaimanapun terhad untuk beberapa pasaran sahaja ketika ini, misalnya seperti India dan China.

Terbaru, Redmi Smart TV A65 2022 telah diumumkan di China pada RMB2,099 iaitu sekitar RM1,382 sebuah. Untuk spesifikasi, ia menggunakan skrin LCD 65-inci 4K (3840 X 2160 piksel) yang memaparkan tetapan warna DCI-P3 dan HDR10. Nisbah skrin-ke-badan pula 97.5% yang dimuatkan dalam tubuh jenis logam.

Seterusnya, pemproses empat teras Cortex A53 dipadankan dengan memori 1.5GB RAM dan storan dalaman 8GB. Penggunaan aplikasi Xiaomi TV Assistant membolehkan pengguna mengawal televisyen ini menggunakan telefon pintar. Ini termasuklah sokongan kawalan suara, ubah saluran, unjuran skrin dan pemasangan sebarang aplikasi.

Dua unit pembesar suara dengan output 8W dan sokongan DTS turut disertakan dengan algoritma bunyi yang dibangunkan oleh Xiaomi sendiri untuk pengalaman audio lebih imersif. Untuk sambungan pula, ia mempunyai port HDMI 2.1, dua port HDMI 2.0, port AV, dua port USB dan port S/PDIF.

komen


© Amanz / 2022 Kami