Cari @ Amanz

Baru-baru ini WhatsApp mengumumkan yang mereka akan menawarkan tiga ciri privasi baharu, iaitu menghalang tangkapan layar dalam View Once, boleh kawal status atas talian dan juga pengguna boleh keluar daripada WhatsApp Group secara senyap.

WhatsApp kemudiannya turut memberikan ciri menapis mesej mengikut yang belum baca. Kini, WABetaInfo menemui satu ciri baharu berkaitan dengan WhatsApp Group.

Kelak pengguna tidak boleh dengan senang lenang terus memasuki sesuatu WhatsApp Group. Jika anda ingin memasuki sesuatu WhatsApp Group melalui jemputan atau menekan pautan, pentadbir perlu meluluskannya terlebih dahulu.

Ini bermakna, pentadbir turut boleh menolak permintaan pengguna memasuki sesuatu WhatsApp Group. Dalam aplikasi, bahagian tetapan WhatsApp Group akan ada ciri Approve New Participant dan dijangka turut akan ada bahagian yang menyenaraikan permohonan pengguna untuk menyertai WhatsAPp Group.

Ciri ini masih lagi dalam ujian, ia ditemui melalui aplikasi WhatsApp untuk Android versi 2.22.18.9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd