Timbalan Pengerusi Samsung Yang Dipenjarakan Kerana Korupsi Menerima Pengampunan Presiden Korea

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Presiden Korea Selatan Yooj Suk-yeol hari in memberikan pengampunan kepada timbalan pengerusi Samsung Lee Jae-yong yang sebelum ini dipenjarakan kerana terlibat dalam skandal korupsi dan pecah amanah yang berprofil tinggi di negara tersebut.

Lee Jae-yong

Pengampunan diberikan kepada Lee yang juga merupakan cucu kepada pengasas Samsung kerana kepakaran beliau diperlukan ketika negara berhadapan dengan krisis ekonomi. Pada 13 Ogos tahun lalu, Lee telah diberikan parol selepas meringkuk di penjara selama 18 bulan sahaja walaupun dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Antara syarat yang dikenakan ke atas beliau ialah halangan perjalanan selama lima tahun dengan kebenaran khas diperlukan sebelum keluar dari Korea Selatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami