Cari @ Amanz

Jabatan Pendaftaran Negara, kini melalui akaun sosial berkongsi berkenaan tips palang salinan kad pengenalan MyKad sebelum diberikan kepada pihak lain.

Seperti ramai sedia maklum, sejumlah perkhidmatan memerlukan anda memberikan salinan kad pengenalan, termasuk seperti membeli aset, membuat permohonan pinjaman, membuat permohonan pembelajaran dan sebagainya.

JPN mengatakan dengan palang salinan kad pengenalan, ia mengurangkan risiko disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Orang ramai disarankan untuk membuat palang dua garisan lurus pada dokumen, dan menulis tujuan atau atas urusan apa dokumen tersebut akan digunakan.

Palang perlulah dilakukan pada bahagian hadapan salinan kad pengenalan, dan juga pada bahagian belakang salinan kad pengenalan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd