Kecerahan Skrin Nothing Phone (1) Hanya 700 Nits Bukan 1200 Nits

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing Phone (1) tidak dinafikan adalah sebuah peranti kelas pertengahan premium yang cukup baik. Ia mempunyai sistem lampu Glyph yang unik, menjalankan sistem operasi Nothing OS yang lancar dan mempunyai rekaan cantik serta skrin yang berkualiti.

Di laman web Nothing Phone (1), Nothing menyenaraikan skrin OLED peranti mereka menyokong kecerahan sehingga 1200 nits. Tetapi laman teknologi dari Jerman Computer Base menguji skrin peranti ini dan hanya menerima kecerahan maksima 700 nits.

Nothing sedar akan masalah ini, di mana mereka mempromosikan skrin peranti mereka boleh capai tahap kecerahan tinggi tetapi di realiti ia tidak seperti yang mereka dakwa. Menurut Nothing, panel skrin yang digunakan iaitu OLED daripada Visionox menyokong sehingga 1200 nits. Tetapi perisian mengehadkan kepada 700 nits untuk penjimatan bateri dan mengurangkan masalah pemanasan peranti.

Nothing turut memberitahu yang mereka akan memantau maklum balas pengguna, di mana jika ramai menginginkan sokongan kecerahan tinggi ini kemaskini akan diedarkan. Dalam ujian kami, kecerahan skrin peranti ini sudah memadai untuk sebuah peranti kelas pertengahan dan kami tidak alami sebarang isu serius dengan skrin peranti ini.

Nothing Phone (1) dijual di Malaysia pada harga RM2,399 untuk 8/256 GB dan RM2,699 untuk 12/256 GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami