Cari @ Amanz

Amanz sebelum ini melaporkan, Amazfit bakal mengumumkan sesuatu pada 20 Ogos ini. Jangkaan awal kami, Amazfit GTS 4 Mini mungkin diperkenalkan dan poster promosi terkini yang dimuat-naik di laman Shopee Amazfit seakan membenarkan hal tersebut.

Ia menunjukkan Amazfit GTS 4 Mini dalam tiga kemasan warna iaitu merah jambu, hijau dan hitam. Dalam masa sama, harga jualan turut didedahkan lebih awal iaitu RM399 seutas. Harga promosi serendah RM379 turut ditawarkan yang mungkin tersedia untuk masa terhad. Setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah percuma berupa sehelai t-shirt daripada Amazfit.

Amazfit GTS 4 Mini dilengkapi skrin sesentuh AMOLED sebesar 1.65-inci dengan 336 X 384 piksel dana 309 ppi. Ia juga dilengkapi BioTracker 3.0 PPG yang ditambahbaik bertujuan mengukur kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah dengan lebih tepat. Lebih 126 pilihan mod sukan disediakan dan 7 daripadanya melibatkan pergerakan.

Bateri 270mAh yang dimuatkan mampu beroperasi sehingga 15 hari untuk penggunaan biasa dan 8 hari untuk penggunaan berat. Seterusnya, ia boleh meningkat menjadi 45 hari dengan mod penjimatan yang diaktifkan. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi penarafan kalis air 5 ATM yang boleh dibawa berenang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd