Meta Memintas Sistem Anti Penjejakan Iklan Apple Menggunakan Pelayar Web Terbina Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg mengaku sistem anti penjejakan iklan App Tracking Tranparency (ATT) yang diperkenalkan oleh Apple tahun lalu akan menyebabkan pendapatan pengiklanan Meta terjejas. Tetapi kini menurut pembangun aplikasi Felix Krause, beliau menemui bukti bahawa Meta terus menjejak pengguna peranti iOS menerusi pelayar web terbina dalam aplikasi Instagram dan Facebook.

Apabila pautan dalam aplikasi ditekan, secara lalai pelayar web terbina dalam aplikasi akan digunakan. Krause berkata Instagram/Facebook kemudiannya akan menyuntik skrip Javascript pada kod pelayar web yang membolehkan mereka menjejak aktiviti pengguna tanpa kebenaran.

Apakah yang dijejak oleh Meta menerusi pelayar web terbina ini tidak diketahui dengan tepat. Tetapi Meta telah memberikan kenyataan kepada Krause bahawa data yang dikumpul adalah untuk melihat tabiat pembelian serta pengiklanan pengguna sahaja. Lebih-lebih lagi sekiranya pautan dalam Instagram yang ditekan adalah dari sebuah iklan.

Meta tidak menjejak pengguna apabila mereka menggunakan pelayar web lain. Kesemua penjejak hanya berlaku dalam pelayar web terbina Instagram. Jika anda tidak mahu aktiviti terus dijejak Meta, Krause menyarankan mereka memilih untuk membuka pautan dalam Instagram menggunakan Safari kerana pilihan diberikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami