Honor Malaysia telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 18 Ogos 2022. Melaluinya, mereka akan memperkenalkan Honor 70 5G yang merupakan sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan premium yang dibekalkan ciri dan fungsi menarik tersendiri.

Acara pelancaran tersebut bagaimanapun tidak sekadar memperkenalkan telefon pintar semata-mata. Malahan, komputer riba Honor MagicBook 14 dan tablet Honor Pad 8 turut akan dilancarkan secara serentak.
Berkongsi serba sedikit mengenai peranti, Honor MagicBook 14 bakal dilengkapi skrin sebesar 14-inci, bateri 75Wh dengan pengecasan 70W dan GPU NVIDIA RTX 2050. Sementara itu, Honor Pad 8 pula akan menggunakan cip Snapdragon 680, skrin 12-inci IPS LCD beresolusi 2K dan sokongan GMS yang membolehkan aplikasi dimuat-turut serta dikemaskini menerusi Google Play Store.


Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai kesemua produk ini akan diketahui sewaktu pelancaran rasmi kelak. Harga jualan rasmi akan turut dikemaskini kelak untuk perkongsian bersama.