Cari @ Amanz

Samsung telah pun memperkenalkan telefon dengan skrin boleh-lipat terbaru mereka, iaitu Galaxy Z Fold4 dan juga Galaxy Z Flip4 pada minggu ini. Ia sekaligus menjadi fokus Samsung pada pertengahan kedua tahunan, berbeza dengan sebelum ini memfokuskan keluarga Galaxy Note.

Bercakap lanjut mengenainya juga, Samsung kini mengatakan menjelang 2025 kelak, lebih separuh daripada pengeluaran telefon mercu mereka akan memfokuskan kepada peranti dengan skrin boleh-lipat.

Samsung turut mengatakan, telefon boleh-lipat akan menjadi standard atau piawaian baharu untuk telefon pintar menjelang tempoh tersebut.

Mengikut penganalisa, Samsung dijangka menjual sebanyak 9 juta telefon boleh-lipat Galaxy Z Flip 4 dan juga Fold 4 pada tahun ini.

Selain Samsung, beberapa jenama lain turut memberikan fokus terhadap arena ini, termasuk Xiaomi dan juga Motorola – yang turut memperkenalkan penawaran masing-masing pada minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd