Carian
Huawei MateBook X Pro 2022 Ditawarkan Di Malaysia Pada RM9999
August 13, 2022 Amy Maizuraa

Selain daripada tablet, Huawei Malaysia turut mengumumkan penawaran komputer riba baharu untuk pasaran tempatan. Melaluinya, Huawei MateBook X Pro 2022 dengan cip Intel Gen 12 telah diperkenalkan dengan tanda harga RM9,999 sebuah.

Bagi yang berminat, ketersediaan bermula 19 Ogos namun sesi pratempah sudah boleh dibuat menerusi pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia. Hadiah percuma bernilai hingga RM1,900 yang berupa 2 unit Huawei Sound Joy dan perisian Office Home & Student 2021 turut disertakan untuk setiap pembelian.

Huawei MateBook X Pro 2022 dilengkapi skrin 14.2-inci LTPS beresolusi 3120 X 2080 piksel, kadar segar semula 90Hz dan nisbah aspek 3:2. Cip Intel Core i7-1260P digunakan dengan memori 16GB LPDDR5, storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD dan GPU Intel Iris Xe. Kapasiti bateri pula sebesar 60Wh dan enam unit pembesar suara serta empat mikrofon terbina turut digunakan.

Tidak ketinggalan, pengimbas cap jari masih terbina pada butang kuasa dan sistem imbasan wajah turut disediakan. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X USB-C, 2 X thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm. Komputer riba ini boleh didapati dalam warna Ink Blue sahaja.

Komen