Mark Cuban : Membeli Hartanah Maya Di Metamesta Adalah Idea Paling Dungu

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Cuban, salah seorang bilionwan yang popular, termasuk menjadi juri Shark Tank, kini menyatakan membeli hartanah maya di alam metamesta adalah salah satu idea yang paling dungu atau tidak bijak.

Melalui sebuah temuramah, Mark Cuban mengatakan membeli hartanah maya adalah tidak bijak. Hal ini kerana kebiasaannya hartanah dijual dengan nilai tersendiri kerana ia terhad, sementara pada alam maya pula, ia tidak tertakluk kepada perkara sama, dan boleh dijana tanpa had.

Sejak daripada tahun lepas, terdapat beberapa platform yang menawarkan jualan hartanah maya, dan ada yang menjual pada harga tidak masuk akal, kadang-kala lebih mahal daripada hartanah yang wujud pada dunia nyata.

Apa pun, disebabkan kejatuhan nilai kriptowang pada tahun ini, ia turut memberikan kesan kepada nilai hartanah maya yang memperlihatkan penurunan mendadak.

komen


© Amanz / 2022 Kami