Set Kepala VR Lenovo Legion VR700 Dengan Cip Qualcomm XR2 Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo baru-baru ini telah mengumumkan set kepala realiti maya baharu mereka iaitu Lenovo Legion VR700. Ia adalah set kepala hiburan untuk menstrim video dan bermain permainan video.

Lenovo Legion VR700 ini dijana dengan cip Qualcomm XR2 untuk sokongan 5G dan memaparkan kandungan 10x lebih berkualiti tinggi dengan bantuan sistem kecerdasan buatan yang 11x lebih pantas berbanding set kepala mereka yang lain.

Resolusi paparan adalah 4K dengan teknologi RealRGB dan boleh menjejak persekitaran dan tangan pengguna untuk kawalan melalui 6 sensor DoF. Set kepala VR ini turut dikuasakan dengan sistem rangkaian iQIYI, dan boleh menjadi pawagam peribadi yang memaparkan saiz skrin sebesar 3000-inci.

Lensa yang digunakan boleh capai sehingga 773 ppi dan kadar segar semula 90Hz. Memori adalah 8GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB. Lenovo Legion VR700 adalah set kepala VR mudah alih dan boleh digunakan secara terus tanpa sambungan pada telefon atau komputer.

Di China, Lenovo menjual produk ini pada harga RMB 2,499 iaitu sekitar RM1,650.

komen


© Amanz / 2022 Kami