Vivo Menjadualkan Pelancaran Siri V25 Pada 17 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini dalam persediaan untuk melancarkan siri telefon pintar baharu di India tidak lama lagi. Dikenali sebagai siri Vivo V25, mereka juga telah mula mengacah mengenai peranti ini menerusi laman iklan rasmi sebelum ini. Dalam masa sama, tarikh pelancaran rasmi turut telah didedahkan yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2022.

Menurut jangkaan awal, terdapat dua model yang bakal dilancarkan iaitu Vivo V25 Pro dan Vivo V25e. Bagaimanapun, hanya sebahagian spesifikasi pada V25 Pro yang diketahui setakat ini. Ia dilengkapi skrin melengkung 120Hz, sistem tri-kamera dengan sensor utama 64MP (OIS), cip Dimensity 1300 dan bateri 4,830mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W.

komen


© Amanz / 2022 Kami