Ahli Falak Mungkin Telah Menemui Planet Termuda Di Galaksi Setakat Ini

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekumpulan ahli falak atau ahli astronomi kini mungkin telah menemui planet yang paling baru dan termuda dalam galaksi. Kumpulan ini terdiri daripada ahli falak dari NASA dan juga ESA.

Melalui kertas kajian yang diterbitkan, ia dijangka berusia sekitar 1.5 juta tahun sahaja, dan planet tersebut dilihat masih diliputi oleh sejumlah gas lagi.

Sebagai perbandingan, Bumi kini dianggarkan berusia lebih 4 bilion tahun. Planet baharu ini telah dikaji sejak daripada tahun lepas. Ini adalah kali pertama planet semuda ini ditemui, dan kajian lanjut dijangka akan menawarkan perspektif daripada pelbagai perkara, termasuk memahami bagaimana pembentukkan dunia ini berlaku.

Sumber : NYTimes

komen


© Amanz / 2022 Kami