Cari @ Amanz

Idea asal Google Stadia ialah kemampuan melancarkan permainan video terus dari dalam video YouTube yang sedang distrim. Dengan masa depan Stadia yang kini kelam, ciri ini kini diuji oleh mereka pada enjin carian Google Search.

Ciri ini ditemukan oleh Bryant Chappel dari saluran YouTube Nerf Gamer. Apabila pengguna melakukan carian permainan Halo misalnya, Search akan memaparkan butang Play untuk memainkannya terus dari pelayar web. Jika permainan ditawarkan pada lebih daripada satu platform, butang Play untuk kedua-dua platform akan dipamerkan.

Untuk menikmati ciri ini dengan lancar, pengguna perlu melanggan kepada perkhidmatan penstriman awanan yang menawarkannya. Dengan perkhidmatan penstriman awanan masih belum ditawarkan di Malaysia, ciri ini adalah tidak berguna kepada kita semua buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd