K-KOMM Akan Memperkenalkan Aplikasi Anti Godam

Diterbitkan pada Ogos 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masalah godam dan ketirisan data menjadi semakin serius akhir-akhir ini dengan data kad pengguna dipercayai dicuri selepas iPay88 digodam semalam. Pada awal tahun pula data peribadi 22.5 juta pengguna Malaysia dari pangkalan data JPN pula dijual di pasaran web gelap. Oleh sebab itu Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian beliau akan memperkenalkan aplikasi anti godam untuk menentang masalah yang semakin serius.

Hacker Godam Papan Kekuncti

Pertemuan bakal diadakan dengan pemilik aplikasi di luar negara dalam masa terdekat. Nama aplikasi dan syarikat yang membangunkannya tidak pula dikongsi oleh beliau pada waktu ini. Beliau turut telah mengarahkan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk menganalisa aplikasi terlebih dahulu sebelum dilancarkan kepada rakyat Malaysia.

Tambah beliau lagi aplikasi ini boleh digunakan pada kesemua jenis peranti yang didaftarkan di Malaysia. Bayaran akan dikenakan tetapi pihak K-KOMM akan memastikan harganya berpatutan untuk semua.

komen


© Amanz / 2022 Kami