Anda Kelak Boleh Guna Lesen Memandu Malaysia, Di Maldives

Diterbitkan pada Ogos 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Malaysia dan Republik Maldives kini telah memeterai kerjasama, sekaligus mengiktiraf lesen memandu domestik yang dikeluarkan oleh setiap negara. Dengan langkah ini, anda boleh menggunakan lesen memandu Malaysia di Maldives, dan juga sebaliknya tanpa perlu melakukan sebarang proses tambahan.

Pengenalan ini akan berkuat-kuasa mulai Isnin, 12 September 2022.

Ini sekaligus akan memudahkan lagi proses pembangunan sektor sosial dan ekonomi di kedua-dua negara, disamping memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk memandu.

Pengenalan ini juga merupakan pengiktirafan bersama dua hala yang pertama kali dilakukan Malaysia dengan negara asing.

Sumber : Wee Ka Siong

komen


© Amanz / 2022 Kami