Carian
YouTube Merancang Melancarkan Kedai Atas-Talian Untuk Langgan Saluran Penstriman
August 13, 2022 Aman

YouTube kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama beberapa syarikat hiburan, dalam usaha melancarkan sebuah kedai atas-talian khas untuk membolehkan para pengguna melanggan sesuatu saluran penstriman dan menikmati kandungan daripadanya.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melanggan perkhidmatan penstriman lain melalui YouTube.

Buat masa ini, ia dikenali sebagai “Channel Store” secara dalaman, dan telah dibangunkan untuk tempoh 18 bulan kebelakangan ini.

YouTube dijangka memperkenalkan ia secara meluas dan bukan terhad ke Amerika Syarikat sahaja. Ia dikatakan YouTube memasarkannya dengan menjadikan platform mereka sebagai pusat sehenti untuk pelbagai kandungan.

Pengguna dikatakan boleh menonton video acah atau treler pada YouTube, dan terus memilih untuk menonton sesuatu filem atau siri-TV secara penuh dengan melanggan terus pada YouTube dan tidak meninggalkan platform berkenaan. Memandangkan sejumlah besar treler diterbitkan terus pada YouTube, dan ia sering menjadi persoalan dimana boleh menontonnya, maka posisi YouTube dalam “Channel Store” ini mungkin akan menerima impak positif, dan memudahkan lagi pengguna melanggannya.

YouTube dijangka memperkenalkan “Channel Store” ini dalam beberapa bulan lagi.

Komen