Samsung Galaxy Buds2 Pro Boleh Kenal Pasti Postur Kepala, Beri Peringatan Regangkan Leher

Diterbitkan pada Ogos 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy Buds2 Pro secara rasminya, iaitu sebuah fon telinga nirwayar generasi baharu. Menariknya, fon telinga ini turut hadir dengan beberapa ciri menarik bersama dengannya.

Salah satunya adalah berkaitan dengan kesihatan, dan mengenal-pasti postur atau kedudukan kepala.

Ketika menggunakan peranti seperti telefon atau desktop, kepala kita kadang-kala akan ke depan sedikit, sekaligus mungkin membawa kepada masalah kesihatan berkaitan leher selepas jangka masa panjang.

Disebabkan oleh itu, fon telinga Samsung terbaru ini boleh kenal pasti posisi kepala, dan seterusnya memberitahu pengguna untuk regangkan leher selepas 10 minit dalam kedudukan memandang ke bawah sahaja.

Ciri peringatan ini boleh diaktifkan melalui halaman tetapan untuk fon telinga ini. Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds2 Pro ditawarkan pada harga RM899.

komen


© Amanz / 2022 Kami