Apple Dilaporkan Memesan 90 Juta iPhone 14 Dari Pengilang Walaupun Pasaran Diramalkan Mengecut
Effi Saharudin
Pasaran telefon pintar mengecut sejak dua suku yang lalu dengan jualan di China misalnya mengecut lebih dua digit kerana penangan Covid-19 serta kemelesetan ekonomi. Walaupun ekonomi diramalkan akan terus bermasalah untuk beberapa suku mendatang, Apple nampaknya yakin bahawa ia tidak akan mendatangkan kesan kepada jualan iPhone.

Menurut laporan Bloomberg, Apple memesan 90 juta iPhone 14 daripada Foxconn. Ini ialah jumlah pesanan yang sama seperti iPhone 13 tahun lalu. Sepanjang 2022, Apple menyasarkan pengeluaran 220 juta iPhone.
Tahun ini adalah menarik kerana iPhone 14 akan menggunakan cip A15 Bionic yang sudah berusia setahun. Hanya iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan dilengkapi cip A16 Bionic yang lebih berkuasa. Perubahan antara model tahun ini dan tahun lalu adalah dalam bentuk sistem kamera yang dipertingkat, bateri lebih baik, rekaan baharu dan perisian sahaja.
[sumber] Sumber – Bloomberg [/sumber]