Tidak lama sebelum ini, Google menawarkan kemaskini bulanan berkenaan angka versi Android yang digunakan oleh peranti seluruh dunia mengikut peratusan masing-masing. Namun, ia telah dihentikan oleh Google tanpa sebarang sebab yang kukuh.
Apa pun, kini 9to5Google berkongsi data yang didapati melalui Android Studio, memperlihatkan peratusan penggunaan Android semasa.

Mengikut data yang dikongsikan, Android 12 yang diperkenalkan sekitar setahun lepas, hanya digunakan pada 13.3% peranti aktif seluruh dunia sahaja.
Penggunaan versi seperti Android 9, Android 10, dan Android 11 juga dilihat masih lebih meluas berbanding Android 12. Perkongsian angka terbaru ini hadir diambang pengenalan Android 13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi.
Nampaknya, walaupun terdapat usaha seperti pengeluar Samsung dan beberapa lain menawarkan kemaskini lebih kerap, namun, majoriti besar pengguna masih tidak menerima kemaskini terbaru sistem operasi berkenaan.