Pete Lau, pengasas OnePlus yang kini turut bertugas sebagai ketua bahagian produk pada Oppo, kini berkongsi gambar melalui Twitter, memperlihatkan engsel untuk telefon dengan skrin boleh-lipat.

Melalui engsel yang diperlihatkan, ia menunjukkan rekaan telefon yang mungkin hadir adalah seumpama Galaxy Z Fold, atau Oppo Find N sebelum ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada produk yang diacah ini adalah akan dibawah jenama Oppo ataupun OnePlus. Oppo sedia dikatakan bakal memperkenalkan dua telefon boleh-lipat pada tahun ini, satu dibawah nama “Flip” dan satu lagi dibawah nama “Fold” – lebih kurang seperti Samsung. Selain itu, OnePlus juga dijangka akan menyertai arena telefon dengan skrin boleh-lipat tidak lama lagi.